June 15, 2009

::2 Minggu Yang Terlalu Sibuk::

Sebenarnya tangan nie dah lama dah gatal nak update blog...Tapi entah la sejak 2 minggu kebelakangan nie jadual kerja tersangatlah padat....Baru la aku rasa mcm free sket hari nie dan tanpa membuang masa ini la hasil luahan rasa aku kali nie...

Jadual Kerja Lynn pada 1 - 3 Jun 2009 (Isnin, Selasa & Rabu)

  • 1 Jun 2009 (2.00 petang - 5.00 petang) : Pendaftaran peserta untuk Pemilihan Peserta Bola Jaring Lembaga Pertubuhan Peladang sempena Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota MOA Tahun 2009.

  • 2 Jun 2009 (8.00 pagi - 7.30 malam) : Berkampung kat Perbadanan Stadium Johor, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus dari pagi hingga la lewat petang. Uruskan pemilihan players yang aku rasa kali ni kalau diorang x datang pun x per...Sebab apa aku cakap macam tu...Sebab yang datang untuk pemilihan nie seramai 23 orang...Awal2 pemilihan dah 3 orang injured...Then ada gak yang datang just for fun...Apa la masalah diorang agaknyer ek...

  • 3 Jun 2009 (8.00 pagi - 3.30 petang) : Erm, senarai 10 orang peserta yang terpilih dah ada pada tangan aku...Secara jujurnya kami (aku, Sara Zarina + Sara Zarida (Twins yang jadi COACH untuk pemilihan kali nie) dan AJK KSK LPP Johor) rasakan mereka yang terpilih ini tidak lah betul2 layak untuk menyertai team nie...Tapi disebabkan ketiadaan peserta lain nak tak nak kena la pilih diorang juga...Selepas jer uruskan pembayaran bilik peserta aku n Kak Noorzaini terus jer bergegas ke LPP Johor...Nak kena submit senarai nama peserta yang terpilih kepada Syahurin, Setiausaha MKSR LPP...Dia dah membebel sebab KSK LPP Johor la yang last sekali bagi nama peserta...Sorry la yer Syah...
Jadual Kerja Lynn pada 8 - 10 Jun 2009 (Isnin, Selasa & Rabu)

  • 8 Jun 2009 (8.00 pagi - 6.30 petang) : Satu hari nie aku memerap kat pejabat...Sebab lepas waktu kerja nanti aku nak bergegas ke Perbadanan Stadium Johor lagi...Hari nie sampai la hari Rabu KSK LPP Johor buat Centralized Training untuk 10 orang pemain netball LPP...Erm, x semua pemain datang hari nie...Zurin n Kak Shidah dari NAFAS akan sampai pada 9 Jun 2009 disebabkan diorang lambat dapat info tentang program nie...

  • 9 Jun 2009 (8.00 pagi - 7.00 petang) : Hari nie just aku, Haji Ramli dan Sara Zarina jer yang handle pemain netball nie...Pagi2 Haji Ramli dah buat fitness training untuk semua peserta...Dalam pukul 10.30 pagi baru la Sara Zarina take over the training...Aku uruskan makan minum diorang dan dalam masa yang sama kitorang duk sibuk mohon sumbangan daripada PPK untuk beli baju, seluar, kasut dan peralatan utk semua peserta nie...Untung la korang semua sebab dapat semua nie...Petang dalam kul 5.30 petang ada friendly game dgn Player AURA...Huh...Team LPP kalah teruk dengan diorang...Marah giler Sara Zarina dengan team yang ada nie...Aku dan jawatankuasa lain x terkata apa pun...

  • 10 Jun 2009 (8.00 pagi - 6.30 petang) : Hari nie pun satu hari suntuk aku kat Perbadanan Stadium Johor...Uruskan training diorang...Dah 2 hari tak masuk pejabat...Entah apa la yang jadi kat pejabat aku tu...

Setelah berpenat lelah selama 2 minggu nie menguruskan pemain-pemain netball LPP nie, harapan aku cuma satu jer...Aku harap sangat diorang nie menang dan mengharumkan nama LPP serta KSK LPP Johor yang menjadi Pengurus Pasukan Bola Jaring LPP...Dan untuk pengetahuan semua pada 12 Jun 2009 aku mengalami sakit dada yang teramat sangat...Bangun jer tidur pagi Jumaat tu aku dah rasa lain macam...Bila aku tunduk dan pandang bawah rasa macam ada sesuatu yang mencucuk2 dada nie...Sakit sungguh...

Aku tekad jer pergi klinik pada tengahari Jumaat tu...Nak tahu apa doktor cakap...Dia kata muscle di antara tulang rusuk aku bengkak...Entah macam mana boleh jadi macam tu pun aku x tahu...Mungkin sebab aku terlalu sibuk sangat uruskan hal-hal Pasukan Bola Jaring LPP nie sampaikan membinasakan badan sendiri...Mungkin la kot...

Tapi itu cerita 2 minggu ku yang terlalu sibuk...This week aku dah mula menjadi PA Pengarah seperti biasa...Ada juga beberapa kerja KSK LPP Johor yang perlu aku selesaikan sebelum kejohanan sebenar berlangsung pada 19 - 22 Jun 2009 nie...Tapi semua tu insyaallah akan dapat dilaksanakan dengan sempurna...Ok la...Itu jer cerita aku tentang 2 minggu yang terlalu sibuk...

Bye...

No comments: