March 31, 2009

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang LPP Peringkat Zon Selatan

Hi...

Demam majlis anugerah khidmat cemerlang dah settle...Erm, rasa lega sangat...Rasa seperti batu-batu yang terbeban di bahu nie dah jatuh ke tanah...Ini i ambil dari speech terakhir mantan Ketua Pengarah LPP, Y.Berbahagia Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad di majlis tersebut...I have a lots of things yang i nak share dgn semua tntg apa yang terjadi dalam majlis tersebut...

Raptai pada petang sebelum majlis berlangsung agak kelam kabut...Majlis nie melibatkan 5 buah negeri...Johor, Melaka, Selangor, Ibu Pejabat - KL dan Negeri Sembilan sebagai host...Raptai sepatutnyer belangsung jam 5.00 petang tertangguh disebabkan pihak resort sibuk duk mengemaskan dewan...Sebelum raptai, dewan tu digunakan untuk kursus kepada anggota LPP yang lain-lain...I think dalam pukul 5.30 baru raptai bermula...

Huh...Emcee pada petang tu macam x boleh nak handle keadaan...Nasib baik la ada Timbalan Pengarah LPP Negeri Sembilan, Puan Hajah Ruzleina binti Ramly take over the raptai...Ramai juga yang terima anugerah pada tahun nie...Oleh kerana majlis ini dibuat sekali dgn majlis perpisahan Ketua Pengarah LPP, jadi anugerah-anugerah yang diberikan pada tahun nie merangkumi Anugerah Khidmat Setia (untuk staff yang berkhidmat 25 tahun ke atas), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Persaraan Staff...

Seramai 150++ penerima anugerah yang akan beratur untuk terima anugerah masing2...Termasuklah empunya badan nie...Hehehe...Rasanyer i yang paling junior malam tu yang terima anugerah...Waktu raptai tu Pengarah Perniagaantani, Tuan Haji Mohd Ismail bin Mohd Nor siap soal siasat lagi...Tanya kerja dah lama ker, bila comfirm dan mcm2 la soalan yang terkeluar dari mulut dia...What i can do? Sengih jer la...

Our group kebudayaan kena perform malam tu...So, my friends semua dah duk tercegat kat dewan tu start kul 5.45 petang...Kononnyer dapat la buat training terakhir sebelum perform malam nanti...Naik jenuh la jugak diorang menunggu...Kesian kat Gee, Erin n Hidayah sbb diorang nie dah siap solek oleh Cikgu Hash...Ayu-ayu semuanyer...Cuma i sorang jer yang masih belum make-up lagi...At last, kitorang dapat gak training...Tapi waktu tu dah kul 6.30 petang...Huhuhu...Kelam kabut training kitorang...

Waktu lepas training...Ceria jer muka masing2...

Lepas training tu, kitorang pun sibuk la berkejar plak ke bilik...Cikgu Hash duk make-up kan i dan lepas tu duk sibuk uruskan pakaian kitorang...Lepas all ladies siap, kitorang pun melepak plak kat bilik mens...Duk perhatikan diorang bersiap...Hahaha...ingatkan kitorang jer yang kena make up, diorang pun kena juga...Nampak macho la sikit dgn janggut tiruan diorang yang Cikgu Hash reka tu...Perasan handsome la masing2 sekejap...

Sesi Make Up With Cikgu Hash...

Keadaan agak kelam kabut sbb kitorang kena ada kat dewan majlis paling lewat 8.30 malam...Sampai jer kat dewan tu kitorang terus lepak kat meja yang disediakan khas untuk group kitorang...Sepatutnyer i kena duk kat meja lain tp x nak la...I sorang2 jer yang pakai costume yang cun melecun tu...Better i duk ngan my group...Bila waktu makan, kitorang semua x terjamah pun makanan yang ada depan mata...Sebab? Masing-masing cuak sbb tinggal berapa minit jer lagi nak perform...Macam2 rasa ada waktu tu...Takut dah tentu punya...Hehehehe...

Waktu perform Zapin Tenglu i rasa mcm nak nangis pun ada...I lupa step...Tapi nasib baik orang x perasan...Disebabkan stage yang agak kecil, i x dapat nak imbangkan badan waktu menari...I was lucky sbb dapat tahan tgn i kat stage tu...Kalau terduduk kat stage tu alangkah malunyer muka nie...Mana la nak letak muka...Beratus2 org tau kat dalam dewan tu...Buat malu LPP Johor jer nanti...Alhamdulillah, kitorang selamat perform Zapin Tenglu tu sampai habis...Ada small mistake jer tapi kalau diberikan peluang nak rasanyer naik semula ke atas pentas dan repeat tarian tu...

Lepas performance tu baru la kitorang ada nafsu nak makan...Masing2 dah x ingat benda lain dah waktu tu...I dont have mood nak makan malam tu because i kena naik lagi stage untuk terima anugerah plak...Lapar la perut nie nampaknyer...After dinner, majlis diteruskan dgn ucapan aluan daripada Pengarah LPP Negeri Sembilan...Kemudian ucapan oleh Ketua Pengarah LPP, Y.Berbahagia Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad...Ini merupakan kali terakhir Dato' berucap dalam majlis rasmi LPP...28 Mac 2009 ni hari terakhir beliau berkhidmat sebagai penjawat awam...Biasanyer Dato' akan berucap lama tp malam nie ucapan Dato' amat ringkas tp bermakna...

Dato' juga mengumumkan nama Ketua Pengarah yang akan menggantikan beliau...Seperti yang dijangka Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob akan menjadi Ketua Pengarah LPP yang baru...Bangga giler kaum hawa di LPP nie sebab Puan Mas merupakan wanita pertama yang memegang gelaran Ketua Pengarah di LPP...I am really proud of her...Berkobar2 rasanyer semangat untuk ikut jejak langkah dia...Semoga Puan Mas dapat melakukan yang terbaik sebagai Ketua Pengarah LPP...Dan kalau boleh, harap sangat Puan Mas dapat pertimbangkan permohonan MKSR untuk laksanakan Perhimpunan Dwitahunan untuk tahun nie...

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah...So all the penerima anugerah pun beratur la seramai-ramai tidak kat tepi dewan menunggu nama dipanggil...Bila dah selesai majlis penyampaian anugerah, sibuk plak dgn sesi bergambar...Program malam tu habis jam 10.45 malam...Ingatkan berlanjutan sampai kul 12.00 tengah malam...My group dah sibuk nak bergambar ramai2 kat luar dewan...Dah macam artis...Glamour sekejap...Hahahaha...Memang banyak betul post kitorang malam tu...X pandang belakang la...

Here i upload gambar-gambar sepanjang program berlangsung...Hope you all enjoy it...

Our Group Kebudayaan with Cikgu Hash


All Mens with Cikgu Hash...Control Macho Sih...

The Ladies with Cikgu Hash...Yang Nie Control Ayu...



With Tuan Haji Ramli bin Salikan Ex-Pengarah LPP Johor

With Mantan Ketua Pengarah n Wife (Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad and Datin Hajah Naimah)


With Ketua Pengarah LPP (Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob)



With Our Beloved Pengarah (Encik Mohd Naser bin Harun), EO (Puan Paridah binti Kahlit), PRO (Tuan Haji Mismon bin Juman) and Pengerusi KSK LPP Johor (Tuan Haji Samsudin bin Selamat)


With Ketua Cawangan Teknologi Maklumat LPP Johor (Kak Ina)


Me with My Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

2 comments:

Tok_Ayah said...

tahniah sekali lagi aku ucapkan sbb anugerah yg ko terima mlm tu... yg penting,,mistake yg ko buat tu adalah di depan mata aku aku tau ..hihihi..nak tergelak pun ada...tapi ko cover line memang terbaik...heheheh...

lynn said...

tq for the compliment...erm, memang malu giler bila silap tu...huhuhu...tp spt yg syed dan hash ckp bila salah tu buat2 betul jer...org lain bukan tahu pun...tp i was lucky malam tu...