December 28, 2009

2009 - Dah Nak Berlabuh Dah...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun 2009...Macam tak percaya jer dah pun sampai ke penghujung tahun 2009...Usia pun makin meningkat dan next year akan mencecah ke angka 29...

Sebenarnya entry kali nie aku nak share dengan korang tentang Azam 2009 aku...Syukur alhamdulillah apa yang target sepanjang tahun 2009 ada yang tercapai...Walaupun azam aku tak tercapai sepenuhnya tapi bagi aku ini merupakan perkara yang terbaik yang dapat aku lakukan sepanjang tahun 2009...Dan aku sentiasa berharap agar aku berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini lagi untuk mencapai sebahagian daripada azam yang masih belum terlaksana...

Dan untuk menghabiskan baki beberapa hari lagi sebelum kedatangan 2010 aku nak sangat gie holiday bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...Dalam fikiran nie dah bermacam2 plan yang timbul tapi agak mustahil untuk dilaksanakan...Mungkin dalam minggu nie aku berpeluang untuk bercuti ker dan spend masa dengan keluarga tercinta...Insyaallah...Balik nanti leh la bincang2 dengan Mr. Hubby...Hehehehe...

Ok arr...Ada kerja nak buat nie...Will continue later...Muaahhhss..

Ceria Si Ayah Bersama Anak


 
Hehehehe...

Ini merupakan percubaan kali pertama untuk joint contest2 macam nie...
Untuk percubaan pertama nie i just joined the contest Ceria Si Ayah Bersama Anak yang dianjurkan oleh Pn. Fasha...

So gambar yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam entry ini adalah gambar ini...



Keterangan Gambar 
Gambar nie diambil ketika Majlis Perkahwinan sepupu di Kota Tinggi...
Lovely Qistina baru jer berusia 10 bulan waktu gambar nie diambil...
Nama Papa : Ezal Huraiza
Nama Anak : Qistina Farzana

December 16, 2009

uS

 

 

 

 

Sajer jer letak gambar2 nie...
Suka sangat bila gambar2 nie jadi cover depan magazine...
Perasan diri nie macam artis plak...
Terover sudah... 
Tapi jangan harap la nak dapat yang betul2...
Hehehehe...
Kalau ada peluang nak print arr gambar2 nie...
Especially gambar model kecik tu...
Comey...

.:SaBar Jer La:.

Huhuhuhu...

Aku baru jer lepas balik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.  Ada exam PTK  paper generik kat sana pagi tadi...Rasa frust sangat sebab soalan yang keluar tidak ada dalam sukatan peperiksaan yang diedarkan oleh LPP...Berhempas pulas sepanjang minggu nie aku prepare nota dan baca macam2 sebagai preparation untuk menghadapi exam PTK nie...Mula2 buka kertas soalan tu aku dah mengeluh...Sedih rasanya apa yang kita fokuskan sepanjang minggu tak keluar dalam exam...

Untuk pengetahuan semua format PTK telah diubah...Kalau dulu ada 40 soalan objektif dan boleh selesai dalam masa 1 hari tapi tidak untuk tahun ini...Bagi gred N17(K), aku kena amik exam bertulis yang mana kandungan exam tu 25 soalan objektif dan 5 soalan esei (pilih 3 sahaja)...Dah habis sit exam kena gie interview plak kat LPP KL next week...Bagi aku kalau diorang teruskan jer format yang dulu dah selesai dah azab amik exam untuk sesi 2009 nie...

Dah la sukatan peperiksaan yang diberi oleh LPP tak banyak yang berkaitan dengan exam aku sit pagi tadi...Memang sakit hati aku tengok kertas soalan tu...Yang objektif tu boleh la nak hentam sebab ada pilihan jawapan tapi untuk soalan esei...Apa yang aku nak tuliskan kalau langsung tak baca nota?  Exam waktu dah kerja nie tak sama dengan waktu belajar dulu...Kalau zaman di UiTM dulu bagi perhatian dalam kelas dan rajin buat ulangkaji + nota dah tentu leh dapat keputusan yang memberangsangkan...

Mood nak gie interview next week pun dah kureng sebab aku tak yakin dengan apa yang aku jawab pagi tadi...Huhuhu...Kalau nak diikutkan ini lah antara cara untuk dapatkan anjakan gaji tapi nampak gayanya peluang untuk dapatkan anjakan gaji tersangatlah nipis...Selagi keputusan aras 3 aku nie tak berubah ke aras 4 jangan harap la nak dapatkan anjakan gaji...Tunggu jer la pergerakan gaji tahunan tu...Sedihnya...Mr. Hubby tengah berhempas pulas sekarang nie untuk paper Fungsional plak...Harap2 Mr. Hubby dapat jawab la yer...Manalah tahu rezeki Mr. Hubby plak lulus aras 4 kali nie...Aku dah dapat aras 4 untuk paper Fungsional nie...

Ok arr...Nak chow dulu...Naik jenguk Facebook plak...Adios..

December 14, 2009

.:SyUKuR:.

Salam semua...

Syukur alhamdulillah kerana Hari Keluarga KSK LPP Johor yang diadakan pada 12 Disember 2009 di Wet World Batu Pahat telah berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang...Rasa happy sangat sebab aku tengok anak-anak ahli tersangatlah gumbira bermandi manda di Wet World tu...

Erm, dan apa yang penting aku & Mr. Hubby antara 93 orang ahli KSK LPP Johor yang bertuah...Sebab apa? Hehehehe...Sebenarnya aku & Mr. Hubby antara yang bertuah mendapat cabutan bertuah yang dianjurkan oleh KSK LPP Johor...Aku dapat Oven Toaster manakala Mr. Hubby plak dapat Table Fan...Walaupun tak seberapa tapi saper yang nak bagi barang2 tu kat kitorang kan...Syukur sangat2...

Anyway ada gak dengar org pot pet tntg program nie bila masuk pejabat hari nie...Macam yang aku pernah tulis dalam entry sebelum nie kan...Manusia tidak pernah puas...Jadi aku pun malas la nak fikir sangat pasal hal nie...Sebab nanti aku juga yang sakit kepala...Apa yang penting aku dah menjalankan tugas aku sebagai Setiausaha Kerja KSK LPP Johor dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab sepanjang tahun nie...

Insyaallah aku ingat selepas program Dwitahunan LPP pada tahun hadapan aku nak letak jawatan dalam KSK LPP Johor...Nak bagi peluang pada orang lain plak pegang jawatan tu...Sebab aku rasa ramai lagi ahli KSK LPP Johor yang layak untuk diberi peluang memegang jawatan tu...Setidak2nya diorang leh tahu macam mana nak buat kerja2 KSK nie..Tak la asyik bergossip jer...Betul tak...Hehehehe...Ok arrr...This Wednesday ada exam PTK...Nak kena fokus dengan PTK plak...

Adios...

December 10, 2009

Dah Besar Anak MAMA & PAPA


Pejam celik pejam celik, anak dara aku dan Mr Hubby dah masuk ke usia 2 tahun 5 bulan...Sekejap jer masa berlalu...Next year dah jejak usia 3 tahun anak kesayangan kami nie...




Baru2 nie Lovely Qistina demam + batuk + selsema...Bila bawa gie klinik doc ckp ada lendiri di paru2 dia sebelah kanan...Doc bagi 5 jenis ubat untuk si kecik nie makan...Aduhai...Sedih rasanya tgk anak x sihat...Anak dara kami nie memang susah sket nak makan ubat...Puas dipujuk tapi dia buat bo layan jer...Jadi aku & Mr. Hubby terpaksa la ikhtiar cara lain bagi memastikan dia makan ubat...

Hehehe...Kami campurkan ubat dia dengan susu...Dan syukur alhamdulillah dia nak minum susu yang dah bercampur ubat tu...Petang nie aku & Mr. Hubby akan bawa Lovely Qistina untuk berjumpa doc sekali lagi...Nak tahu tentang lendir yang ada di paru2 dia...Harap setelah berberapa hari makan ubat nie lendir tu hilang la yer...Hope sangat Lovely Qistina sihat seperti biasa...

Erm, gambar2 kat atas tu gambar terbaru kami...Mr. Hubby bawa gie ronda2 kat Puteri Harbour, Nusajaya...Cantik sungguh pemandangan kat situ...Dan kalau ada peluang lagi nak ajak Mr. Hubby & Lovely Qistina naik kapal plak...Hehehehe...Syoknyer...


BIG DAY KSK LPP JOHOR

Excited sih...

Hehehehe...Lagi 2 hari akan berlangsung Big Day KSK LPP Johor...Acara yang julung2 kali ni sepatutnya diadakan 2 tahun sekali...Tp entah mcm mana dah 2 tahun berturut2 KSK LPP Johor menganjurkan Hari Keluarga untuk para ahli yang banyak memberi sokongan kepada KSK LPP Johor...Tahun nie Hari Keluarga KSK LPP Johor akan diadakan di Wet World Batu Pahat...Tempat yang aku rasa memang sangat best untuk kanak2 dan remaja...Jadi mak bapak yang attend just tumpang happy jer la yer...Hehehehe...





Sebagai salah seorang AJK KSK LPP Johor, penglibatan aku dalam acara sebegini memang la memerlukan banyak pengorbanan...Korban masa, korban tenaga & adakalanya korban wang...Huhuhu...Aku memang minat terlibat secara langsung dalam menganjurkan program2 macam nie...

Sebelum program nie berlangsung pada hari Sabtu nie, aku nak luahkan sket apa yang aku rasa sewaktu aku bertungkus lumus menganjurkan program nie...Huhuhu...Walaupun aku excited tapi ada gak part yang aku rasa sedih dan frust sangat...Nampak gayanya tahun nie hanya orang tertentu sahaja yang buat kerja...Seperti tahun2 yang lepas, itu la muka2 yang bertungkus lumus memastikan program nie berjalan dengan lancar...

Muka2 nie juga la yang memastikan kewangan kelab kukuh untuk melaksanakan aktiviti2 seumpama ini...Dan apa yang aku perhatikan ahli2 kelab memang tak pernah puas dengan apa yang kelab berikan...Setiap kali penganjuran sure ada cacat celanya di mata ahli-ahli kelab...Ada jer yang x kena...

Sebagai salah seorang AJK kelab, aku dah x kuasa nak bertekak dengan ahli setiap kali kelab menganjurkan program2 macam nie...Bagi aku ahli sepatutnya bersyukur dengan apa yang kelab berikan kepada ahli...Tapi biasalah ahli sure tak kan puas punya...Bagi mereka contribution sebanyak RM5 , RM 7 & RM 10 sebulan tu amount yang sangat besar sehinggakan kalau boleh mereka nie nak dilayan macam seorang superstar ataupun VIP...Manusia oh manusia...

Anyway aku pun dah malas nak luahkan perasaan aku panjang berjela kat sini...Kang habis spoil mood nak uruskan Hari Keluarga KSK LPP Johor nie...Huhuhu...Aturcara program pada Hari Keluarga kali ini adalah seperti di bawah nie...

Tarikh : 12 Disember 2009
Pendaftaran : 9.00 - 9.30 pagi
Acara Sukaneka : 10.00 - 12.00 tengahari
Majlis Perasmian : 2.30 petang
Mesyuarat Agung : 3.30 - 5.00 petang


Tahun nie tiada pemilihan jawatankuasa dilaksanakan...Jadi masa mesyuarat agung dah tentu la singkat sket...Ada la peluang aku dan keluarga untuk menyambung percutian di Melaka...Sajer jer nak habiskan weekend bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...

Erm...Aku harap sangat program yang dirancang selama 2 bulan ini berjalan dengan lancar...Hope tak der la manusia2 yang tidak puas hati yer...Dan aku harap sangat tak ada la acara kutuk mengutuk...Tapi kalau ada rasa nak kutuk tu terpulangla pada individu tu sendiri...ALLAH S.W.T tu MAHA MENGETAHUI...Oklah...Dah panjang sangat entry kali nie...Hehehe...



Ohhh yer...Ini map untuk ke Wet World Batu Pahat...Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Wet World Batu Pahat boleh la berpandukan kepada map nie...Jangan lewat yer...Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi...Tapi aku dan AJK yang bertanggungjawab dah tentu akan berada di Wet World Batu Pahat tu sebelum 8.30 pagi...Insyaallah...

Adios...Muahhhhhssss...

December 3, 2009

::Saya Ingin Kurus::

Aduhai....

Semakin hari semakin naik jarum timbang berat badan...Hangin jerk satu badan mengenangkan hal nie...Macam mana nak selesaikan masalah nie yerk...Saya ingin kurus...Teringin sangat berat badan nie turun kepada angka 55...Huhuhu...Tapi boleh ker?

Kawan2, tolong beri idea mcm mana nak kurus leh x?

December 2, 2009

...Three Of Us...



Nie gambar latest kami bertiga...
Kat dalam Estima waktu nak ke kenduri doa selamat di Hulu Yam, Selangor...
Love it...

November 24, 2009

- i NeEd ReSt -

Huhuhuhu...

Rutin harian sekarang nie dah jadi carca merba. Bercampur aduk dengan bermacam-macam rempah dan aduan. Naik pening kepala nie dibuatnya. Niat untuk update blog sudah lama ada tapi terpendam disebabkan kesibukan yang terlampau. Sabar jer la.

Rutin harian sekarang aku sekarang dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut :
  1. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor yang berlangsung dari 21 - 25 November 2009 di Pusat Pertanian Moden Kluang, Johor - Selagi program nie tak habis selagi tu la aku ada jer kerja ad-hoc yang pasti akan memeningkan kepala. Aku ni paling tak suka buat kerja-kerja last minute nie. Kalau boleh biar la semua kerja tu dirancang dari awal supaya tak mendatangkan kelam kabut di hari majlis. Naik tension aku dibuatnya apabila berurusan dengan orang yang tak pandai nak membezakan mana satu penting dan mana satu yang kurang penting. Dan aku juga pening kepala bila berurusan dengan orang yang fikir diri dia tu boleh buat semua perkara. Ala-ala nak conquer semua la. Dia aja yang betul.
  2. Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Tahunan KSK LPP Johor Tahun 2009 - Program nie akan berlangsung pada 12 Disember 2009. Tak sampai sebulan jer lagi. Kerja-kerja aku boleh dikatakan 50% dah selesai. Aku just nak siapkan buku Laporan Tahunan sahaja. Most probably AJK akan bermesyuarat sekali lagi pada awal Disember 2009 untuk persiapan terakhir program nie. Kat sini pun aku ada masalah juga. Aku dikelilingi AJK yang tak perform sebagai AJK dalam KSK nie. Boleh dikatakan hanya 1/4 sahaja yang perform sebagai AJK di dalam KSK nie. Waktu sebelum pemilihan AJK semuanya excited nak jadi AJK tapi bila dah dilantik satu kerja pun diorang tak nak buat. Aku rasa macam nak quit jer jadi AJK KSK nie. Dah 3 tahun bergelumang dengan semua nie. Naik menyampah dah.
I think i need to take rest. Pergi holiday kat mana-mana ker. Rindu nak spend masa dengan Mr Hubby & Lovely Qistina. Huhuhuhu. Selagi tak selesai program nie selagi tu la aku tak dapat holiday. Penat la macam nie.

October 28, 2009

BuSy SkeT ArR

Aduyai...

Ramai dah bertubi-tubi bertanya kat aku Hari Keluarga KSK LPP Johor tak buat ker tahun nie? LOL...Apa nak jawab babe...Aku sendiri x der idea nak bagi jawapan apa kat diorang nie...

Tapi on next week pada 3 November 2009, Big Boss KSK LPP Johor dah decide nak buat Mesyuarat Jawatankuasa KSK LPP Johor kat PPK Batu Pahat Utara...Jadi nak tak nak aku kena arr standby buat kertas kerja skrg nie...Tempat cadangan dah ada dalam kepala aku nie...Dan aku harap sangat AJK akan setuju dengan tempat yang aku cadangkan nie...

Ok arr...X leh nak citer panjang2 kat sini...Banyak kerja nak kena buat...Nanti ada masa aku update pasal Hari Keluarga nie yer...

October 19, 2009

- JaWaTan KoSonG -

Beberapa hari nie aku dok terfikir2 tntg kerjaya aku di Lembaga Pertubuhan Peladang nie...Entah la...Aku jadi buntu la lately nie...

Baru-baru nie LPP ada kuarkan iklan dalaman kekosongan jawatan bagi gred N27...Untuk pengetahuan korang semua post aku di LPP nie Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17-K jer...Erti kata lain aku nie Personal Assistant kepada Pengarah la...Dah 5 tahun aku kat post nie...

Kalau nak dikirakan aku layak untuk memohon jawatan N27 tu...Sebab aku ada diploma yang diiktiraf...Tapi yang sedihnya selama 5 tahun aku kat LPP ni dah lebih dari 3 kali aku mohon jawatan tu setiap kali ada iklan kekosongan jawatan dibuka...Setiap kali aku mohon setiap kali tu la Pengarah aku duk sediakan surat sokongan...Tapi entah kenapa masih belum ada rezeki aku di sini...

Malah aku tak pernah dipanggil interview pun...Sebab apa yer? Adakah sebab aku tak pandai nak membodek orang atasan atau menggunakan kabel yang sepatutnya...Aduhai...Perlukah aku buat tu semua untuk memajukan diri sendiri?

Sehingga ke hari nie aku tertanya-tanya perlukah aku mohon sekali lagi jawatan N27 tu? Buntu la...

October 15, 2009

Lunch Date

Kul 11.50 a.m. tadi aku dapat satu panggilan...

Ez : Lynn, kau kat ner?
Lynn : Pejabat la..Mana lagi...
Ez : Kawan kau yang sorang nie dah nak pengsan dah...
Lynn : Lor, saper?
Ez : Zalee...Dah nak mati agaknya...
Lynn : (Ganasz giler bahasa mamat nie...) Apesal plak?
Ez : Dari pagi tak makan...Jom kuar makan jom...
Lynn : Korang biar betul? Aku kat JB nie...Bukan kat Batu Pahat...
Ez : Aku ngan Lee kat JB la...
Lynn : Oh yer ker...
Ez : Kau turun la yer...Kitorang tunggu kat parking...
Lynn : Okeys...

So hari nie aku cilok sket masa pejabat utk kuar lunch dengan diorang...We decide to having our lunch at here...



Anyway aku happy lepak2 ngan diorang...Tq so much ek...

October 14, 2009

- ProMoTe SkEt -

Baru2 nie aku terserempak dengan kawan2 lama waktu di SEGAR, Rawang...Bukan jumpa face to face pun...Jumpa kat alam cyber jer...Hehehe...Kat Facebook la...Alhamdulillah majority of them berjaya dengan life masing2...Dan ramai yang dah berumahtangga pun...Ok, straight to the point yer...

Entry kali nie aku nak promote kat pembaca blog semua tentang IZZ STUDIO...Apesal plak tiba-tiba nak promote tentang studio nie kan...Hehehe...Sebenarnya most of the crew di IZZ STUDIO nie kawan2 lama di Rawang...Jadi nie kira macam buat kerja amal la...Promote service diorang kat blog aku...


IZZ STUDIO nie terdiri daripada diorang2 di atas dan beroperasi di 15A, Jalan Bandar Baru Rawang 9, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang, Selangor...Haaaaa...Dengan full adress sekali aku letak...

Dekat IZZ STUDIO nie disediakan PAKEJ FOTOGRAFI & PAKEJ ANDAMAN...Walaupun lokasi studio nie di Bandar Baru Rawang tp diorang leh gie merata arr...DONT WORRY untuk mereka2 yang berada di luar Selangor & KL yer...






Jadi kalau ada yang berminat utk boleh la melayari laman web IZZ STUDIO ...I am very sure yang diorang nie akan memberikan service yang terbaik buat anda2 semua yang ingin melangsungkan perkahwinan...Tapi untuk mereka yang dah berkahwin pun still boleh gak gunakan service diorang nie...Diorang leh organize Birthday Party for Kids, Event Photography dan macam2 service lagi la...

Jadi for more information regarding IZZ STUDIO boleh contact this person ok...Kalau sayangkan kredit klik jer kat sini ....

BPEE - 0122657363
CEEZY - 0172194489
SAIFUL - 0126576757


Ok arr...got to go...Daaaa...

October 12, 2009

- KEMORA -



Most of them senior2 sekolah di SEGAR dulu...Lama sungguh tak jumpa diorang nie...Untuk pengetahuan semua waktu gambar nie diambil diorang nie memang arr mat rempit sejati...Rajin gie konvoi sana sini dan ada kelab sendiri tau...KEMORA...Tu arr nama team diorang...Waktu zaman 90an dulu kira meletops la juga kelab nie...



Dalam gambar nie kalau korang perasan x ramai perempuan kan...Tapi Pn Intan @ Wa ada la plak dalam gambar nie...Kau curi2 ikut konvoi nie kan...Hehehe...Terpaksa la aku & kawan2 lain tolong cover bagi pihak kau wahai Wa...

Oh yer...Aku nak sangat jumpa korang semua...Antara top list yang ada dalam simpanan aku:
  1. Apen Fendy @ Along
  2. Faisal Juren
  3. Mohammad Syamsul Irwan Hashim
  4. Janggut Ah Long @ Fariz
  5. Helmi Spoon
  6. Shahrin Azlan
  7. Fadzli Ghani
  8. Abdul Mutalib Abdul Hamid
  9. Abdul Muhsinin Abdul Hamid
  10. Hairie Bolaq
Ramai arr yang aku nak jumpa...Bila la dapat jumpa korang...Nak kenalkan dengan Mr. Hubby nie...Program akan datang mungkin waktu wedding reception Apen Fendy @ Along kut...Harap2 ada rezeki dapat jumpa korang yer...Insyaallah...

For all my friends, aku doakan korang sihat2 sentiasa...Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...Cepat2 dapat jodoh buat yang masih single dan untuk yang dah bekeluarga, semoga korang kekal bahagia hingga ke akhir hayat...Amin...

October 9, 2009

MaRhabAn Ya MarHabAn

Malam tadi suasana punya la meriah kat kawasan perumahan aku...Giliran rumah-rumah di Jalan Pulai Ria 5 utk melaksanakan aktiviti Marhaban...22 buah rumah yang participate dalam program Marhaban malam tadi...



Program bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 11.00 malam...Memang la sangat meriah...Tahun nie merupakan kali pertama program Marhaban nie dilaksanakan di kawasan perumahan kami...



Disebabkan dah terlalu banyak sangat rumah yang nak joint Marhaban nie, jadi kami yang participate telah sepakat makan dan minum disediakan di rumah terakhir sekali program Marhaban dilaksanakan...Rumah yang terpilih adalah rumah En. Yusof...

Aku di rumah hanya sediakan ini sahaja...





Erm, kira ok la tu...Hope next year dapat joint Program Marhaban nie lagi...Insyaallah...

October 7, 2009

- JaLaN-JaLan RaYa @ SeSi KunJunGan Ke RuMah SaUdaRa MaRa - EntRy 2

Gambar ni diambil oleh Lovely Qistina...Before gie beraya pada Hari Raya Ke2...

Yang nie pun diambil oleh anak dara aku tu...Muka Mr Hubby ada sket serius...Kenaper ek?


Antara orang kuat keluarga Mak Ngah Besah...


Siap landing baik depan kuih raya...Hehehe...


Both of Us...Muka dah berminyak waktu nie...Sehari suntuk beraya...Huhuhu...


Three of Us...Lovely Qistina dah tukar baju waktu amik pic nie...Kalau tak dia pun ikut tema gak...

October 1, 2009

- JaLaN-JaLan RaYa @ SeSi KunJunGan Ke RuMah SaUdaRa MaRa -

Erm, nie antara gambar2 yang diambil sewaktu hari raya tempoh hari...Nanti aku upload lagi k...

Jalan-Jalan Raya @ Sesi Kunjungan Ke Rumah Saudara Mara Diketuai Oleh My Grandmother @ Mak Ngah Besah...

All the ladies in my family...Bonda aku anak kedua daripada 9 orang adik-beradik...

Kami sempat posing dulu sebelum berkonvoi raya ke Muar & Melaka...

Di rumah saudara belah atuk perempuan di Merlimau, Melaka...



Antara ahli rombongan Mak Ngah Besah (nama nenek aku tu)...


Waktu nie kat rumah Uncle Majid kat Muar...Villa Impiana...Best nama rumah dia...Glamour sungguh rumah pak polisi ini...


Pak Itam with Mem...


Adik-adik kesayangan...



Ada yang sedondon ek...Hehehehe...

September 28, 2009

- TeNtATIF rAyA KaMi -

Selamat Hari Raya Aidifitiri...

Hari nie hari pertama masuk kerja setelah lebih seminggu beraya sakan di kampung...Nak buat kerja pun x berapa nak excited sangat sebab penat kot...Naseb baik la semalam x terserempak dgn heavy traffice jammed di lebuhraya...

Actually entry kali nie nak share tntg tentatif hari raya kami...Bila diingatkan balik agak kelam kabut juga la...Tapi syukur alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan kami semua telah selamat tiba di rumah kesayangan semalam petang...

  • 18 September 2009 - Balik ke Felcra Lakai, Negeri Sembilan (Boss bagi pelepasan balik awal, jd kul 12.15 dah blah dari office)
  • 19 September 2009 - Sibuk membantu keluarga membuat persiapan raya (Bakar Lemang & Masak Rendang...Tolong sket2 jer...) Dalam kul 4.00 petang bertolak balik ke Rawang...Tahun nie giliran beraya di Rawang...
  • 20 September 2009 - Selamat Hari Raya Aidilfitri...Selesai jer solat sunat Hari Raya, ziarah kubur Arwah Adik Syafiq...Al-Fatihah...Family decide untuk beraya di kampung plak...So bertolak ke Batu Pahat, Johor...Sampai di Batu Pahat jam 6.45 petang...
  • 21 September 2009 - Beraya sakan di Melaka dan Muar...Konvoi 10 biji kereta...Amat memenatkan dan masing2 kelaparan nasi...Huhuhu...Tapi seronok giler...
  • 22 September 2009 - Lepas sarapan bertolak balik ke Felcra Lakai, Negeri Sembilan...Sampai kira-kira jam 1.00 petang...Lepas makan tengahari dan lepak2 sekejap...Mak ajak beraya di rumah adik beradik mak & ayah...So kami ke Batu Kikir jam 4.00 petang...Konvoi 2 kereta jer...
  • 23 September 2009 - Beraya di Kajang & Batu 9, Cheras...Disebabkan program jalan raya nie menjangkau ke malam, kitorang decide untuk tido di rumah adik Ezal di Nilai...Dah tak larat nak drive balik ke Felcra Lakai...Huhuhu...
  • 24 September 2009 - Sempat gie membeli tikar buluh di Nilai 3...Dan terus balik ke Felcra Lakai...Sampai jam 12.00 tengahari...Tak pergi mana-mana pun hari tu...Just lepak kat rumah jer...
  • 25 September 2009 - Gie Felda Serting, Felda Palong dan Felda Jelai...Lewat petang baru sampai Felcra Lakai...Bila dah sampai rumah, sibuk plak buat preparation untuk majlis makan-makan untuk kawan-kawan Ezal & Chaer...Seb baik la mak sangat terror memasak...Jadi tak ler susah sangat...Hehehe...
  • 26 September 2009 - Lepas sarapan balik ke Rawang...Sampai Rawang jam 12.30 tengahari...Tak sampai 1 jam kat rumah, ada tetamu datang berkunjung...Penuh la rumah ibu & ayah...Jam 4.00 petang berjalan raya ke rumah saudara mara di Cheras, AU4 Keramat & Wangsa Maju...Jam 1.00 pagi baru sampai Rawang semula...Huhuhu...
  • 27 September 2009 - Lepas sarapan bersiap untuk pulang ke Johor Bahru...Jam 10.30 pagi gerak dari Rawang dan hantar adik Nurul ke IKTBN, Sepang...Sampai Johor Bahru jam 5.00 petang...
Huhuhu...Itulah tentatif raya kami...Giler sakan raya tahun nie...

Gambar? Nanti2 la upload yer...Tengah busy sket nie...Ini pun curi masa untuk buat entry nie...Hehehehe...

September 17, 2009

- SeMaNgat Nak BerAya -

Bisingnya pejabat nie....

Masing-masing x der mood nak kerja dah...

Semuanya aku tengok duk berbual2 pasal baju raya, kuih raya, duit raya sambil belajar cara-cara menggunakan SKYPE...

Semangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi sangat meluap-luap...

Aku pun tak sabar nak balik kampung jumpa keluarga dan menyambut perayaan ini bersama-sama...

Semoga segalanya berjalan lancar la yer...

Insyaallah...

.:sELaMaT HaRi RaYa AiDilFitri:.




Salam Aidilfitri...

Di kesempatan yang ada nie, kami sekeluarga (Lynn, Ezal & Qistina) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada yang kami kenal atau pun silence reader...

Mohon ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata, terlanjur perbuatan yang mana mungkin mengguris hati anda sama ada kami sedar atau tanpa kami sedari...Sepuluh jari disusun agar mendapat kemaafan daripada anda semua...

Semoga Hari Raya yang bakal menjelma memberi seribu kemeriahan kepada diri anda semua...Insyaallah...Oh yer...Pandu kereta berhati2 yer...Biar lambat asal selamat...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Maaf Zahir & Batin...

September 16, 2009

- bEnGanG -

Huhuhu...

Pagi2 tadi waktu datang pejabat mood ok jer...Tapi lepas jumpa seseorang mood aku dah berubah...Rasa bengang sangat...Tapi setakat nie masih boleh control lagi tahap kebengangan yang melanda diri aku nie...Kenapa la pagi2 lagi dah ada yang buat hal ek? Dah la kerja kat pejabat nie makin hari makin tak seronok...Environment pun dah tak ceria langsung...

Aku dah penat la layan karenah orang yang bermacam-macam kat pejabat nie...Sekali dua duk kutuk2 mungkin leh terima la...Tapi kalau dah menyentuh hal kerja ni yang buat aku bengang...Aku rasa aku dah buat yang terbaik dalam kerja ni...Selama 5 tahun kerja kat sini selama tu la jadi minah turut kan...Buat apa yang orang suruh dan tak pernah la nak lawan cakap...Tapi bila kita senyap ada la plak yang pijak kepala kita...

Untuk sesiapa yang suka sangat buat macam tu kat pejabat nie, nak nasihatkan sket la...Nobody perfect in this world...Jadi jangan kau ingat diri kau tu bagus sangat...Jangan jadi luncai dengan labu-labunya...Dan Allah S.W.T tu Maha Kaya dan tahu segala-galanya...I am very sure apa yang berlaku ada hikmahnya...

September 15, 2009

Lovely Qistina & Baju Raya

Last Saturday, kitorang gie amik baju raya yang ditempah kat Norma Collection, Festive Street Mall (DANGA BAY)...Erm, agak teruja juga sebab bila dah amik baju raya nie rasa tak sabar-sabar plak nak sambut raya...Hehehe...Kalau nak dikira hari, x sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut hari raya...

So, aku nak citer kat korang semua apa yang terjadi kat Norma Collection tu...Selalunya setiap kali hari raya, Tok Ibu atau Wan akan buatkan baju raya untuk Lovely Qistina tapi this year aku & Mr. Hubby tak nak la menyusahkan diorang...Jadi waktu aku & Mr. Hubby tempah baju raya, kitorang pun tempah la sekali untuk si kecik nie...So waktu amik baju raya hari Sabtu lepas, kitorang sajer2 suruh dia fiting sekali...Nak gak tengok kalau-kalau baju tu x ok ker dengan dia...

Lovely Qistina pun teruja gak nak try baju raya dia tu...She so cute bila pakai baju kurung...Erm, ayu gitu anak mama..

.

Bila dah selesai fiting, aku & Mr. Hubby nak buka baju raya dia dan pakaikan semula baju yg mula2 dia pakai...Huhuhuhu...Anak kesayanganku ini boleh la plak buat hal...

Mama : Qis, meh mama bukakan baju tu...
Qistina : Tak nak...
Mama : Jangan la macam tu...Nanti baju tu kotor...Kita tukar baju yer...
Qistina : Tak nak...
Papa : Kalau tak nak mama buka, biar papa yang buka yer...
Qistina : Tak nak...
Papa : Tak per la mama...Biarlah dia pakai baju tu...Nanti dalam kereta baru pujuk dia tukar baju...
Mama : Hmmmm, yer la...

Akhirnya Lovely Qistina kuar dari Norma Collection dengan memakai baju kurung yang sepatutnya dirasmikan waktu Hari Raya nanti...Sabar jer la...Ramai gak salesgirl yang kerja kat Festive Street Mall tu duk usha anak dara aku tu...Sebab macam pelik jer di awal pagi Sabtu ada seorang budak kecik memakai baju kurung kat shopping complex kan...Hehehe...


September 8, 2009

Cilok Sket...

Hehehe...

Baru jer balik dari Pasar SMART...Boleh la plak cilok waktu kerja gie shopping barang dapur kat Pasar SMART kan...Seb baik arr Pasar SMART tu dekat jer ngan pejabat aku nie...Sabar jer la...Tadi aku beli sotong...Fresh giler sotong tu...Beli sayur...Beli santan...Macam-macam arr...Tapi sekarang duk buntu nak masak apa untuk berbuka nanti...Huhuhu...

Untuk BOSS : Erm, minta ampun banyak2 sebab cilok waktu pejabat td...Tak lama pun...Dalam 1/2 jam jer...Sorry yer boss...

September 7, 2009

Kad Raya 2009...

Erm, pg tadi aku baru jer terima kad raya online daripada kawan-kawan...Antara yang terawal rasanya...Thank you yer Kak Wan & Anne sbb sudi gak nak bagi kad raya kat aku...Hehehe...Ni kad raya yang aku dapat dari diorang...


Kad raya nie daripada Anne - kawan lama waktu belajar di UiTM...



Kad raya nie plak dari Kak Wan...Baru jer kenal di Facebook tahun nie...Tapi dia agak friendly...Nice to know you kak...

Nampaknya mood aku nak bagi kad raya original kepada kawan2 mcm x berapa nak ada la tahun nie...So standby la kredit handphone sebanyak mungkin dan lagi 2 hari nak raya start la sms raya pada kawan2 semua...Hehehehe....Kawan-kawan semua jangan marah yer...Yang penting ikhlas ok...

September 2, 2009

My 28th Birthday...



Today 2 September 2009 is my 28th birthday...Dah tua dah aku ek...Hehehehe...Kebetulan tahun nie birthday aku jatuh dalam bulan Ramadhan...Terasa berkat sangat...

Awal-awal pagi tadi Mr. Hubby dah tanya nak berbuka @ celebrate birthday kat mana hari nie? Mr. Hubby minta aku yang pilih tempat...Tapi buat masa nie still tak tahu nak berbuka @ celebrate birthday kat mana...No idea...Present? Tak tahu plak apa yang Mr. Hubby nak bagi tahun nie...Hehehe...Surprise kot...

Sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-28 nie, aku nak memanjat kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia aku untuk menikmati keindahan hidup di muka bumi ini...Syukur juga kerana dilimpahi rezeki dan kasih sayang dari orang-orang yang tersayang...

Here is my bucket list sempena umur yang dah menjangkau 28 tahun nie...Semoga aku mencapai segala apa yang aku impikan...Insyaallah...

  1. Aku nak menjadi seorang anak yang baik buat kedua ibu bapaku...Seorang kakak yang baik buat adik-adikku...
  2. Aku nak menjadi seorang isteri dan mama yang bertanggungjawab dan baik buat Mr. Hubby & Lovely Qistina...
  3. Aku mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi di dalam kerjaya...Aku mengimpikan untuk membuka syarikat sendiri...
  4. Aku nak menjadi seorang yang sangat beryukur dengan segala kurniaan yang diberikan oleh ALLAH SWT...Ingin menjadi umatNya yang sentiasa mengikut segala arahan dan suruhanNya...
  5. Aku nak sangat kekuatan dan keberanian untuk drive sendiri...(Dah ada lesen tapi rasa takut-takut nak bawa kereta)...Its really sad of me...Huhuhu...
I really hope that i can achieve semua nie...Wish me luck ya...

Last but not least...Aku nak nyanyi Birthday Song untuk diri sendiri...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO NORHAZLINDA A.HAMZAH...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...


Happy 28th Birthday for myself...Enjoy your life dear...Muuuaaaahhhhsss...

September 1, 2009

citer berbuka puasa....

Syukur alhamdulillah...Hasrat untuk berbuka puasa bersama keluarga akhirnya dapat juga dilaksanakan pada 29 & 30 August yang lepas...Syok sungguh kerana bonda kesayangan telah membuat KUIH TAKO, GULAI TEMPOYAK, ASAM PEDAS IKAN PARANG & SAYUR GORENG CAMPUR untuk juadah berbuka pada 29 August 2009...Its really great...

Selepas berbuka puasa pada 29 August 2009, kami sekeluarga telah pergi ronda-ronda di Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman...Malam minggu yang sangat meriah di KL...Erm, macam-macam barang yang dijual kat Bazaar Ramadhan nie...Ketakutan dengan H1N1 nampaknya dah semakin berkurangan sbb semakin ramai yang mengujungi Bazaar Ramadhan nie...Tapi ramai gak yang aku perhatikan pakai mask...Termasuklah aku dan family...

Baju-baju kurung dan baju melayu memang sangat murah di Bazaar Ramadhan nie...Dan harganya tersangatlah berbeza dengan harga yang ditawarkan di Johor Bahru...Sebagai seorang anak sulung dalam keluarga,masa macam nie memang masa yang sesuai untuk adik-adik mengambil peluang meminta itu dan ini...Tapi tak la semewah yang mereka dapat seperti tahun-tahun yang lepas...Huhuhu...Sebab tahun nie aku tak tentu lagi dapat bonus dari KERAJAAN...

Agenda berbuka puasa bersama keluarga diteruskan lagi pada 30 August 2009...Menu kami pada hari tu adalah SATE KAJANG HAJI SAMURI...Wooooo...Memang sangat la sedap...Medan selera yang pada awalnya sunyi sepi penuh dengan manusia pada pukul 6.15 petang...Memang terkenal la SATE KAJANG HAJI SAMURI nie...Dan aku yakin keuntungan yang diperolehi pada setiap malam adalah sangat berbaloi...



Erm, masa-masa yang aku luangkan bersama keluarga merupakan masa yang sangat indah...So aku harap next time leh la gie makan kat Tupai-Tupai plak yer...Hehehe...

August 28, 2009

it's Friday again...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai Hari Jumaat...Hari nie dah genap 7 hari umat Islam di Malaysia berpuasa...Sekejap jer rasanya...Erm, hari nie kitorang nak balik Rawang...I am too excited macam budak2 sekolah yang esok nak cuti sekolah panjang...Macam tu la hati dan perasaan aku sekarang nie...Berbunga-bunga jer...


Aku dah rancang nak berbuka puasa bersama my big family this weekend...Dan mungkin disebabkan tu la aku excited sangat nak balik Rawang...Last week waktu Awal Ramadhan aku sambut dengan Mr. Hubby & Lovely Qistina jer...Ni la baru nak bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga...Next week kitorang akan balik ke Negeri 9 plak...Rasa syok sangat...

Dan mood untuk pergi shopping sama ada di sini...



atau pun di sini...


mungkinkah di sini?



sangat meluap-luap sekarang nie...Mr. Hubby, harap-harap anda dapat membawa saya membeli belah di salah satu tempat tersebut...SUNGGUH TERUJA...Please jangan hampakan saya yer...Hehehehe...