January 18, 2018

Family Day Sekaligus Buat Birthday Party Zahra & Amani

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Niat nak bawa family Rawang dan family Lakai bercuti dah termakbul last weekend...Ala ala Family Day juga la ni...Kak Long plan untuk buat program ni setelah mendapat persetujuan daripada Abang Long...Hihihihih...Plan sehebat macam mana pun kalau Abang Long tak bagi green light dan ALLAH SWT tak izinkan tak kan menjadi juga...Jadi bila Kak Long dah ready dengan kertas cadangan terus ler bentang kat Abang Long...Kitorang amek kesempatan celebrate birthday Zahra dan Amani juga time ni...

Kak Long booking Lot 874 A Famosa Resort sebulan lebih awal untuk menjayakan program ni...Settle jer bayar deposit terus Kak Long war warkan pada family members...Most of the family members dapat join kecuali Adik Nurul dan husband dia...Tak per lah...Insyaallah next time kita gathering lagi ramai ramai macam ni ya...Dan untuk Birthday Zahra dan Amani jemput beberapa kawan baik jer...Yang datang pun cuma Ezmad satu family...Yang lain lain semua ada hal yang tak dapat dielakkan...



Zahra turns 5...Amani turns 3


Kek tempah kat IG WannderCakes


Anak anak nie semuanya baru naik dari swimming pool...Kak Long paksa juga diorang bersiap supaya dapat selesaikan Birthday Party Zahra dan Amani...Hihihihi...Diorang dah nampak swimming pool excited nak mandi jer...



Buat BBQ sket...Family Rawang sponsor ayam, Ima dan Khairi sponsor kambing, kitorang tambah sosej sket...


First time buat program macam nie...Abang Long cakap bagus juga bila berkumpul ramai ramai macam nie...Boleh berbual bual sambil makan makan...


Seronok tengok Atuk Kak Long nie tersenyum...Atuk ni zaman sihat dia suka berjalan...Gie berjalan rumah anak anak...La ni duk rumah ibu ayah Kak Long kat Rawang...Tunggu ibu ayah bawa berjalan baru la dia dapat berjalan sekarang ni...Jadinya kita plan program macam nie supaya dia dapat berjalan jalan ubah angin sekali sekala...


Aisyah kenapa makin comey...Muahhhhhss cket...


Aisyah duk perhati jer Mama Lynn dia yang makin chubby...Hahahahaha...Bertabahlah Aisyah ya...Mama Lynn nie Papa Ezal banyak bagi makan...Tu yang semangat jer...

Lepas jer potong kek dan makan makan anak anak sambung mandi kat dalam swimming pool...Hurmmm...Kak Long tak mandi pun...Nak mandi segan oooiii sebab adik ipar semua tak mandi...Ibu, Atuk dan Mak pun tak mandi swimming pool juga...Jadi kena waras la sket...Malu sket kat orang lain...Hihihihi...






 Malam tu kitorang habiskan masa borak borak jer...Then esoknya sambung lagi mandi swimming pool...Hihihihi...Anak anak memang seronok...


 Bergambar ramai ramai untuk kenangan di masa hadapan...Terima kasih semua sebab sudi menjayakan program yang dirancang oleh Kak Long dan Abang Long...Next trip kita ke Kuantan pula la...Boleh makan Ikan Bakar Petai nanti...Hihihihi...Kita kongsi rezeki yang ada ni dengan insan tersayang...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork boleh hubungi Kak Long di 0137660226...

January 3, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu di tahun baru 2018 ni...Tak boleh nak kata tak percaya sebab ini la kenyataannya...Tahun 2017 telah berlalu...Tahun yang banyak menyimpan memori duka...Yang rapat dengan Kak Long pastinya nampak apa yang berlaku disekeliling Kak Long...Di sudut hati Kak Long selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di sebalik kisah duka itu pasti ada hikmah dan kegembiraan yang akan menyusul...Kak Long kena kuat dan terus positive...Cukuplah setahun 2017 yang sungguh kacau bilau...

  
Tahun 2018 ni Kak Long nak terus fokus dengan family, kerjaya dan bisnes online Kak Long...



Kak Long punya impian yang besar sebenarnya...Cuma buat masa ni Kak Long masih belum berani nak mulakan langkah untuk terus serius di dalam bisnes...Lagipun Kak Long masih terikat dengan kerja hakiki yang sekarang nie...Banyak benda nak kena fikir kalau betul betul nak serius...Tak boleh nak main redah jer...

Alhamdulillah tahun 2018 ni Nur Qistina Farzana dah masuk Darjah 5...Ada exam besar menanti tahun ni...Nur Qaleesya Arissa pula sudah Darjah 1...Setakat 3 hari ni nampaknya semuanya okey jer...Risau hati mama dan papa ada lebih sket untuk anak yang sorang nie...Hihihihi...Kami berdua sepakat untuk register Nur Qhasrina Zahra di Tadika Ixora Ria...Tempat kakak kakak dia belajar juga nie...Hari pertama cool jer anak dara ni masuk tadika...Syukur tak ada edisi melalak dan tarik muka masam sepanjang 3 hari ni...



Kakak Nur Qistina Farzana pun banyak membantu di rumah...Syukur alhamdulillah...Permulaan yang sangat baik untuk tahun 2018 ni...Kak Long rasa bersyukur sangat...Sekarang ni cuma Nur Qaseh Amani jer yang tinggal kat rumah pengasuh...Insyaallah dah 5 tahun nanti masuk tadika ya...





Selamat Tahun Baru 2018 dari kami sekeluarga...Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tahun ni ya...

November 7, 2017

Makin Rabun

Assalamualaikum 

Hi korang...Apa khabar? Hari ni Kak Long baru naik kerja setelah 5 hari tak bekerja...Khamis lepas Kak Long gi meeting kat Tangkak...Then cuti weekend Jumaat dan Sabtu...Alhamdulillah JDT menang Piala Malaysia dan kami dapat cuti free pada hari Ahad...Semalam Kak Long tambah cuti sendiri lagi sehari sebab anak anak tak ada yang jaga...Pengasuh Kak Long minta cuti sebab nak pergi konvokesyen anak dia...

So sempena cuti weekend hari tu dan kitorang pun tak pergi mana mana minggu ni...Kak Long sekeluarga ke Aeon Bukit Indah...Memang Kak Long cuti memasak hari sabtu lepas...Sampai jer kat Aeon Bukit Indah terus gie makan kat Johnnys...Anak anak memang suka makan kat Johnnys tu...Lepas jer makan Kak Long cakap nak gi kedai cermin mata...So terus ler mencari kedai cermin mata yang okay dengan tujuan nak check mata Kak Long nie...


Tauke pun nak bergaya dengan Kekaboo Aleeyaa...Hihihihihi...

Kak Long dapat rasa macam makin rabun mata Kak Long nie...Ya...Memang betul sangkaan Kak Long...Kalau dulu power sebelah kanan cuma 200 dan kiri 175...Sekarang nie belah kanan dah 300 dan kiri pun 300 juga...Huhuhuhuhu...Ngeri Kak Long dengar wei waktu budak kedai tu terangkan...Budak tu pun terkejut sebab last time Kak Long buat spec pada hari raya 2 tahun lepas...Hurmmm...Kak Long minta budak tu cek sekali lagi...Kali nie guna yang cara yang lama...

So buat pemeriksaan kali kedua dan keputusannya 250 sebelah kanan dan 250 sebelah kiri...Kak Long decide untuk buat cermin mata yang baru sebab selagi Kak Long tak buat yang baru Kak Long rasa tak best...Pandangan mata tu rasa tak puas...Terbatas sangat sebab tak clear...Yang rabun faham kut apa yang Kak Long cuba sampaikan nie...


Insyaallah cermin mata yang baru akan siap dalam masa 10 hari...So selama 10 hari ni Kak Long gunakan la cermin mata yang lama...Tak sabar nak menantikan cermin mata baru tu siap sebenarnya...Macam lama sangat la 10 hari tu...Huhuhuhu...

November 1, 2017

Selamat Pengantin Baru Finaz & Hafiq

Assalamualaikum 

Entry ni entry tertunggak sebenarnya...Kak Long dah lama sangat nak upload tapi disebabkan kesibukan yang melampau memang tak teringat langsung nak buat entry ni...Hari nie Kak Long usahakan juga supaya entry ni dapat disiapkan dan Kak Long berjaya publish di blog...Hihihihi...

Adik pompuan bongsu Kak Long dah pun mendirikan rumahtangga dengan insan pilihan hati dia sendiri...Adik Kak Long nie berkawan dengan husband dia sejak dari sekolah menengah lagi...Hurmmm...Cuma diorang serius bila tengah belajar kat U rasanya...

Majlis pernikahan Finaz dan Hafiq di adakan di surau berdekatan rumah kitorang...Majlis yang simple sahaja...Cuma dihadiri oleh keluarga kami dan Hafiq...Kawan kawan pengantin pun beberapa orang jer yang datang...Syukur alhamdulillah majlis pernikahan selamat dilaksanakan selepas solat Asar pada 22 September 2017...

 Officially husband and wife

 Pengantin lama

  On da way nak ke surau



 Ni waktu hari majlis...Pengantin Baru bergabung dengan Pengantin Lama...Pak Hamzah dapat menantu orang Negeri Sembilan lagi...Hihihihi...Ada la kawan Abang Long nak borak Negeri Sembilan...

Kak Long doakan adik Kak Long ni bahagia bersama pilihan hati dia...Dah kawen ni dah tak macam time single lagi dah...Kena banyak berubah...Kena banyak tolak ansur...Semoga cepat cepat dapat baby yer dik...Leh tambah ahli keluarga kita nanti...

October 29, 2017

Kekaboo Mirabelle

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Long dah mula melangkah ke satu lagi cabang bisnes online yang baru...Korang mesti dah pernah dengar tudung bawal jenama Kekaboo Mirabelle kan...Erm...Mula mula Kak Long cuma berminat nak pakai jer tudung nie sebab design yang ada memang cantik cantik...Dan salah satu sebab utama Kak Long suka Kekaboo Mirabelle ni tudung ni tak licin...Memang best...Senang nak bentuk...

Bila dah pakai...Kawan kawan pejabat dan di kawasan perumahan Kak Long berkenan juga nak membeli...So Kak Long keluarkan la modal sket untuk mulakan bisnes nie...Syukur sangat sangat mendapat sambutan juga bisnes ni...

Ni Kak Long share design yang mendapat sambutan...










 Semua yang kat atas ni berharga RM25.00 sehelai...

Korang kalau ada yang berkenan nak membeli tudung Kekaboo Mirabelle ni boleh la contact Kak Long ya...

October 15, 2017

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Situasi kerja yang agak mencabar sejak kebelakangan ini banyak mematangkan  Kak Long...Pahit manis suka duka semuanya berjaya Kak Long tempoh...Kak Long bertuah sangat sebab ramai insan baik yang hadir di sekeliling Kak Long...Yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kerja...

Entry hari ni Kak Long buat khas untuk ucapkan terima kasih banyak banyak untuk insan insan yang banyak memberi sokongan kepada Kak Long terutamanya dalam urusan kerja Kak Long nie...

 Suami adalah kekuatan utama Kak Long hadapi semua cabaran...Dia la yang banyak bagi dorongan dan kekuatan bila kala Kak Long rasa nak rebah...Bila kala Kak Long stress sangat...Tak der satu benda pun yang Kak Long sembunyikan pada dia terutama sekali pasal hal kerja...Dia juga yang banyak membantu bila Kak Long kena outstation...Dia yang uruskan makan minum dan pakaian anak anak bila Kak Long tak ada kat rumah...Terima kasih abang sebab banyak berkorban...


 Kawan kawan yang ada di pejabat pun banyak membantu Kak Long...Sedikit sebanyak tempias ada juga terkena kat diorang ni bila Kak Long stress...Bila rasa nak menangis je mesti ada salah sorang yang akan jadi mangsa Kak Long...Huhuhuhu...Bertabahlah korang yer dapat kawan yang hati basah macam Kak Long nie...Kak Long sayang korang...Muahhhssss...


 Setiap kali ada program kat pejabat...Dah macam gathering dengan BFF...Mesti ada jer isu yang nak dibincangkan dan diluahkan...Thanx Lee, Pro & Ezmad...Opsss Ezmad x der dalam gambar nie...Sorry bro...Ko tak datang kan time nie...


Agak agak stress dah terlebih...Kita plan for vacation...So complete 4 family tahun nie...Tq korang sebab banyak bagi sokongan moral juga pada Kak Long...Time vacation macam ni la boleh release semua masalah yang ada...


 Walaupun ada masanya kami tak sependapat, mereka sentiasa ada bila Kak Long nak meluahkan masalah...Thanx a lot Haji Samsudin n Kak Jue...


Tuan Haji Ramli pun baik juga dengan Kak Long...Macam tu juga Nor...Selalu jer dapat detect bila Kak Long ada masalah...Tq korang...

Ada masanya kita perlukan insan insan di sekeliling kita untuk meluahkan rasa...Kita bukannya perfect...Ada kekurangan dan ada kelebihan...Bila kita tak betul kita boleh rujuk dengan diorang...Mungkin ada di antara diorang yang boleh tunjukkan jalan...

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka ini disekelilingku...Semoga kau berkatilah kehidupan mereka...Terima kasih...

October 11, 2017

Kerja

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Rasa seronok sangat berpeluang juga Kak Long nak update blog hari nie...Hihihihi...Korang jangan ler lupakan Kak Long walaupun tahun  ni cuma ada beberapa jer entry yang muncul kat blog Kak Long ni...

Tahun nie tahun kedua Kak Long bekerja dengan boss baru...Hurmmm...Nak cakap macam mana ya...Kerja dengan boss baru nie agak mencabar juga...Banyak kali juga la terdera emosi bila waktu bekerja...Tapi semakin hari semakin lali dengan keadaan nie...Sampai ke satu tahap Kak Long dah redha...Nak argue macam mana pun dah tak boleh...Jadi kita buat jer la kerja kita...

Kak Long sekarang pun dah selalu sangat outstation...Korang yang berkawan dengan Kak Long di FB atau IG mesti tahu perjalanan kerja Kak Long...Kadang kadang tu dalam seminggu cuma 2 hari jer ada kat pejabat...Di Negeri Johor ni aktif sangat dengan program...Masa nak berehat pun kadang kadang tak der sampai satu tahap hari tu Kak Long dah rasa letih sangat...Terus demam dan kena asthma attack...Huhuhu...

Meh Kak Long share beberapa peristiwa penting sepanjang tahun nie yang banyak memberi pengalaman kerja kepada Kak Long...


 Waktu ni Kak Long menguruskan Majlis Jasamu Di Kenang untuk Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP...En Mohd Naser bin Harun nie pernah jadi bos Kak Long...Bos yang agak sempoi juga dia nie...Tapi korang jangan buat pasal dengan dia...Sebulan pun lum tentu lagi dia dapat lupa kalau korang buat pasal dengan dia...Hihihi...


 Lawatan Kerja YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Koperasi Permodalan Nusajaya Berhad...Kerjasama bersama PPK Johor Bahru Selatan dan Jabatan Perikanan Negeri Johor...


Lawatan Kerja Pengarah LPP Johor ke Projek Ternakan Udang PPK Mersing

 Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama di Kota Tinggi...

 Yang nie mengeteh selepas habis Mesyuarat AJK KSK LPP Johor...


 Program Qurban Perdana LPP di Labu, Negeri Sembilan


 Bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Pavillion Negeri Johor sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAEPS, Serdang.

 Dengan Yabang Khalifah sewaktu HPPNK 2017

 Antara kesayangan Kak Long di pejabat LPP Johor...Kalau diorang tak der boleh stress juga...Hahahah...


 Mengalahkan budak budak...Over acting sat time nie...

 Dengan KSU...Dia agak serius tau...Tapi boleh ler kalau nak borak borak...Hihihi...Time ni program di Projek Tanaman Jagung Bijian di ZPM Chemplak, Labis...

 Wajib posing dengan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...Mohon jangan kecam...Banyak perubahan dalam sektor pertanian bila Dato' Sri jadi Menteri PErtanian dan Industri Asas Tani...

 Time ni kat Ekspo Johor Berkemajuan...Merah menyala baju Kak Long...Hihihi...

Sebenarnya banyak lagi program yang Kak Long uruskan tahun nie...Tapi tak dapat ler nak masukkan semua...Kang muak plak korang tengok gambar Kak Long...

Okay lah...Next time Kak Long tepek gambar dan update blog lagi ya...Bye...